Sebahagian kisah retetan kehidupan manusia norma. Kisan dua manusia, seorang PENANTI dan seorang lagi DINANTI. Menanti adalah tindakan si penanti pada si dinanti. Sambil menanti, si penanti sering tertanya adakan si dinanti sedar yang dia sedang dinanti?. Jawapan yang sahih belum pernah si penanti temui. Sebagai penyedap hati, berfikir positif lah si penanti setiap hari. Ada ketika si penanti berasa puas hati dengan tindakannya bergelar penanti. ada masa fikiran negatif menemani mengusir rasa puas itu. Al maklumlah, si penanti menanti tanpa pasti. Setiap kali bertelenggu, pasti dia akan duduk menjawap persoalan. dari duduk dia berdiri. dari berdiri dia baring. Namun tetap sama, jawapan tetap belum pasti. Menjawablah soalan itu hari-hari. Sedarkah si dinanti yang aku menanti? kalau di sedar, macam mana tindakkan dia? suka? rimas? benci? persoalan ketiga amat dikuatiri terjadi. bermonolog la si penanti saban hari.
Adakala si penanti bertukar menjadi perasan. bermonologlah si penanti buat kesekian kalinya, adakah aku juga dinanti oleh si dinanti? jika benar, alangkah indah. Manusia mana tidak gembira jika tangan yang diguna untuk bertepuk disambut utuh. Itu satu lagi hukum karma. Walaupun pemikiran si penanti adakala positif dan adakala negetif, namu si penanti tetap tidak berganjak walau selangkah untuk terus bergelar si penanti. Sebagai pembakar semangat kepada tindakannya menanti, untuk kesekian kalinya dia bermonolog. Ala bukaknya si dinanti sedar aku menanti dirinya. Bukan orang tahu aku seorang penanti. Kalau ada mata yang menyedari, bukannya mata itu tahu siapa si dinanti. Mengulangi kata itu, si penanti menjadi berani dengan tindakannya menanti si dinanti. Kata orang dulu untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kalau ada rezeki untung sabutla si penanti. Kalau malang rezeki untung batu la si penanti. Untung apa? si penanti malas mahu bicara. biar masa menentu segala.
Hidupla si penanti dengan rutin baru nya menanti si dinanti. Si penanti tidak hanya menjadi penanti bisu, juga bukan penanti kaku, penanti buta atau penanti lena. Bertindak la si penanti agar si dinanti dapat dimiliki. Berbicaralah dia dengan si dinanti. Bermesralah dia dengan si dinanti, memerhatilah dia pada si dinanti berjaga-jaga la dia agar si menanti masih boleh dia menanti. Sebagai manusia, si penanti sedar dia ada senjata yang boleh diguna. Maka, lima kali sehari la dia gunakan senjata itu. Memohonlah dia agar si dinanti terbuka hati menerima si penanti. Wah bersungguh benar ya si penanti. Mungkin kah ini cinta sejati si penanti. Mungkin juga si dinanti itu mahu dijadikan isteri teman sehidup semati si penanti. Dialog manusia jika melihat atau menyedari tindakan si penanti ini. Kehidupan si penanti bukan la mudah. Resikonya bakal ada di hadapan. Jika si dinanti tidak dapat dimiliki, si penanti akan jadi si dinanti pula. Dan kala itu, si penanti adalah resiko.
Dengan sabar si penanti terus melayari penantian. Tak pernah di paksa dirinya mahupun si dinanti. Berpegang lah si penanti pada kata cinta tak perlu dipaksa. Jika si dinanti juga sama seperti dia, pasti jayamya akan datang nanti. Jika pemohonannya dimakbulkan pasti sinar akan datang menyinar walaupun kedua-dua melangkah dengan perlahan. Langkahan yang bagaikan merangkak dan adakala menyesot. Cerita si penanti menanti si dinanti sekadar disini. Walaupun kesudahannya belum pasti. Diharap yang menjadi si penanti bagi kisah berdua ini adalah bahagia yang hakiki.
P/S : Sekadar rekaan. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.
No comments:
Post a Comment