Saturday, April 17, 2010

Bukit Beruang bersama BMFP



 Tengok gaya tajuk entry ni, cam aku g naik bukit beruang ngan satu kelas bebudak BMFP. Tak la semua, dalam 6orang ja termasuk aku. Antara line up petang tu : Aku,Wan,Fahmi,Bob Faiz,Tiqa & Nab. Plan nak naik bukit beruang ni datang dari Fahmi, time tu kite orang baru balik dari lepak kat klebang. Plan nak g besok nye jugak, tapi cuaca tak mengizinkan, so kami tunda ke hari esok.

 Jam 5.30 Nab call phone aku, bagi tau dia kat bawah ngan bebudak kelas aku yang nak follow. Aku pon gerak turun ke kedai Mak Merah lokasi berkumpul. Aku pakai seluar jeans dan selipar ja. So lepas semua dah kumpul, kita orang pon memulakan perjalanan naik bukit beruang. Permulaan ok. Tiba di kawasan mencanak, mula dah bising sikit-sikit. Tiba di tempat yang lebih mencanah terus mengeluh. Akhirnya kami pun sampai kat kawasan view bukit beruang. Lepas semua dah rehat, sesi bergambar pun bermula. Setle bergambar, kita orang pon gerak turun.
Gambar :


2 comments:

  1. wan,for at least once,edit sket foto2 anda.bagi nampak lagi menyerlah~arigato~

    ReplyDelete