Sunday, April 25, 2010

Sinambungan Cereka "Penanti Menanti Dinanti"

 Tengok tajuk cam cereka "Penanti Menanti Dinanti" ada part 2. Mustahil la jawapan dia. Part 1 belum tu boleh g jauh ni kan nak adakan part2. Pagi ni aku g sarapan, seperti biasa. Sendiri. Balik-balik tengok budak bilik aku ngan layan satu video kt you tube. Video clip lagu indonesia. Semestinya aku tak pernah dengar. Itu tak penting. Yang pentingnya, aku rasa lagu ni sesuai dengan cereka "Penanti Menanti Dinanti" so datang lah idea kelakar aku untuk post kat blog. Mana la tau sekiranya ada pembaca senyap yang minat kat entry tu, boleh la bagi entry tu jadi lebih menarik ngan wujudnya entry ni. Pada mulanya tergelak gak aku ngan idea ni. Tepi bila fikirkan yang Living Life milik aku. So abaikan.

Friday, April 23, 2010

Penanti Menanti Dinanti

 Sebahagian kisah retetan kehidupan manusia norma. Kisan dua manusia, seorang PENANTI dan seorang lagi DINANTI. Menanti adalah tindakan si penanti pada si dinanti. Sambil menanti, si penanti sering tertanya adakan si dinanti sedar yang dia sedang dinanti?. Jawapan yang sahih belum pernah si penanti temui. Sebagai penyedap hati, berfikir positif lah si penanti setiap hari. Ada ketika si penanti berasa puas hati dengan tindakannya bergelar penanti. ada masa fikiran negatif menemani mengusir rasa puas itu. Al maklumlah, si penanti menanti tanpa pasti. Setiap kali bertelenggu, pasti dia akan duduk menjawap persoalan. dari duduk dia berdiri. dari berdiri dia baring. Namun tetap sama, jawapan tetap belum pasti. Menjawablah soalan itu hari-hari. Sedarkah si dinanti yang aku menanti? kalau di sedar, macam mana tindakkan dia? suka? rimas? benci? persoalan ketiga amat dikuatiri terjadi. bermonolog la si penanti saban hari.

Saturday, April 17, 2010

Bukit Beruang bersama BMFP



 Tengok gaya tajuk entry ni, cam aku g naik bukit beruang ngan satu kelas bebudak BMFP. Tak la semua, dalam 6orang ja termasuk aku. Antara line up petang tu : Aku,Wan,Fahmi,Bob Faiz,Tiqa & Nab. Plan nak naik bukit beruang ni datang dari Fahmi, time tu kite orang baru balik dari lepak kat klebang. Plan nak g besok nye jugak, tapi cuaca tak mengizinkan, so kami tunda ke hari esok.

 Jam 5.30 Nab call phone aku, bagi tau dia kat bawah ngan bebudak kelas aku yang nak follow. Aku pon gerak turun ke kedai Mak Merah lokasi berkumpul. Aku pakai seluar jeans dan selipar ja. So lepas semua dah kumpul, kita orang pon memulakan perjalanan naik bukit beruang. Permulaan ok. Tiba di kawasan mencanak, mula dah bising sikit-sikit. Tiba di tempat yang lebih mencanah terus mengeluh. Akhirnya kami pun sampai kat kawasan view bukit beruang. Lepas semua dah rehat, sesi bergambar pun bermula. Setle bergambar, kita orang pon gerak turun.

Friday, April 16, 2010

Hang Out D' Klebang

 Kebosanan yang amat sangat malam tu. PC lak tak boleh nk on. So lagi bertambah bosan la. Aku pon capai phone aku n sent msg kat nab. Ajak nab g lepak kat mane-mane. Nab pon setuju. Time nak gerak dari bunga raya, fahmi n iki pon cakap nak follow. Kita orang pon bawak sekali. Dalam kereta mula-mula set nak g makan. So cari la kedai makan. Cari punya cari akhirnya kami pon singgah kedai makan kat Pantai Puteri. Kat kedai makan macam - macam topik yang keluar. Perbualan lebih berkisar kehidupan remaja. Ceh dah macam forum la pulak. Satle semua, kami pon gerak g taman permainan kat klebang. Lepak la kat sana sambil-sambil tu aku pon snap la gmbar diorang.

Thursday, April 15, 2010

Sesi bergambar pelajar kelas BMFP 09-13


 
 Sem lepas gambar kelas kita orang diambil oleh syarikat photo, so semestinya kena bayar. Sem ni kelas kita orang plan ambil gambar sendiri. Free ja, lepas ambil, bagi soft copy then sapa rasa nak print, diorang boleh la print. Lokasi kali ni kat banggunan canselori. Gambar formal kami berlatar belakangkan banggunan canselori. 09 April 2010, hari jumaat, pagi tu kami ada kelas E&E untuk kali terakhir. So kat dalam kelas kami dah snap gmbar formal beramai-ramai. Kami ajak tutor E&E sekali, Pn. Ida. Selesai kat dalam kelas, kami semua gerak g banggunan canselori untuk photoshot kat sana. Puas hati la snap gambar kat sana. Kerjasama semua memudahkan lagi kerja aku. Macam-macam lokasi n gaya kita orang ambil.

Wednesday, April 14, 2010

Apabila 'OTAK' tidak berfungsi

 Bila otak tak lagi boleh berkerja seperti biasa, apa akan terjadi. Jawab nya sistem badan juga tidak boleh berkerja seperti biasa. PC aku dah hampir seminggu tak berjaga sebab 'otak' nya yang dah tak berfungsi. Bila PC tak boleh berjaga, banyak rutin harian aku yang terganggu. Mungkin ini satu sebab mengapa papan layar pada blog ini tidak mewujudkan entry terbaru.

 'Otak' PC aku (Hard Disk) rosak bukan sekadar menganggu rutin harian aku, malah menyebabkan semua data-data yang aku jaga, yang aku simpan, yang aku cari hilang macam tu ja. Movie aku sebanyak 180GB pergi tanpa memandang muka aku yang beriak hampa. Koleksi gambar aku lenyap tanpa sebaran pesanan. Semuanya pergi macam tu ja. [sedetik lagu Aizat-Pergi muncul]..

Sunday, April 4, 2010

Broga Hill - Superb



 Jumaat petang, tengah aku syok layan lagu, tetiba roza buzz aku kat ym. dia tanya plan aku weekend ni. Aku memang tak da plan apa-apa la. So dia pon ajak la aku g broga. So aku set. Aku pun ajak la 2-3 orang kawan aku. Kira g 1kete, kete Roza. Broga ni kat semenyih. Dah lama aku teringin nak g, tapi asyik tak jadi je. So kali nie syukur menjadi. Dalam kul 2.50 Roza ngan Faiq datang Bunga Raya, hostel aku untuk pick up aku ngan Tiqa. Dari bunga raya terus kita orang g pangsapuri untuk pick up Eja. Tapi Eja tak dapat g lak. Dia kurang sihat. So akhirnya kita orang berempat ja yang g. Perjalanan kami mula-mula tak da masalah. Setelah melepasi pintu hadapan UKM, kami mula sesat-sesat. Jalan yang kami lalu, banyak Johny. Kat kaki Broga pon ada Johny. Akhirnya lepas sesat-sesat, kami pon sampai kat kaki Broga. Sampai-sampai ja, aku nampak kelibat senior-senior Kembara UTHM. Seboleh-boleh nya aku cuba mengalak dari jumpa diorang. Kat puncak Broga baru aku tegur diorang. Hehe.

Saturday, April 3, 2010

Simpul itu, perlu diluruskan

 Yang berlalu biarkan berlalu, yang mendatang kita tempuh dengan tenang. Pasti ayat itu biasa kita dengar. Jika mudah untuk kita aplikasikan, mesti best kan. Tapi aku rasa boleh untuk diaplikasikan, cuma perlukan masa. Mungkin ini adalah masanya.

 Segala yang tersimpul, perlu aku luruskan. Bila dah lurus simpulan itu, mudah la urusan pada hari-hari mendatang dan pasti nya yang mendatang itu boleh dilalui dengan tenang. Kalu di kaitkan dengan elemen tali dan ikatan, jika kita dah simpulkan untuk buat satu jenis ikatan, perlu kita huraikan semula untuk kita buat ikatan seterusnya. So aku rasa sama kot dengan kehidupan yang kita tempuh. [Hehe..melalut ke elemen tali lak].

Thursday, April 1, 2010

Tempin Bowling 2010

 28 Mac 2010, yang lepas, MPP telah mengadakan satu program tempin bowling yang bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIMC). Pada mulanya, aku tak terfikir pun untuk menyertai atau senang cakap tak nak datang la. Hari tu, aku pon balik rumah. Selepas meredah hujan yang tetiba ja turun. Sampai ja rumah, aku terus tido. Dalam masa nak lelap kan mata, kawan aku massage suruh datang MIBC. dia mintak aku tlong shoot gambar untuk even tu. Memandangkan classmeat aku adalah pengarah program, so aku pon gagahkan badan aku yang memang time tu malas dan penat. Maklum la pagi tu g konvo classmeat aku kat poli merlimau. So penat dia tak hilang lagi.

 Sampai ja kat MIBC, even tu dah lama berlansung. Aku pon terus ja keluarkan cam aku. Then snap la mana-mana yang patut. Tak banyak pon gambar yang aku snap. Tapi cukupla kalau pihak penganjur nak gunakan untuk buat report program. Ok, selebihnya layan gmbar eh.

Gambar :

Fara