Perjalanan kami dari hostel ke PD memang meriah. Dalam keta, sepanjang perjalanan asyik bergelak je. Sekitar jam 5petang kami sampai di pantai PD Batu 4. Sampai-sampai Nab call Tiqa bagi tau kita orang dah sampai. Tiqa masa tu ada kat rumah dia. Tak jauh dari pantai yang kami singgah. Sambil-sambil tunggu Tiqa sampai, kita orang bergambar dulu. Tak lama lepas tu, Tiqa sampai siap bawak layang-layang beb. So kita orang pon apa lagi main layang-layang la. Permulaan main, layang-layang asyik jatuh je, conductor dia, Wan. Lepas tu Tiqa take over, berjaya la naik. Gilirin Iki lak Take Over, huh berjaya naik tinggi. Kiranya layang-layang kita orang paling tinggi la masa tu. Pastu Nab lak main. Masing-masing main dengan penuh semangat dan semestinya happy. Sambil-sambil main, amek gambar lagi.
Sekitar jam 7malam, kita orang g pusing-pusing kat pasar malam depan pantai. Kat pasar malam pon boleh tahan meriah. Dari pasar malam kita orang gerak g rumah tiqa pula. Kami makan malam kat rumah Tiqa. Makan ketam beb. Iki cukup main suka lagi. Fuh untungla kami hari ni, dengan hanya RM5 kita orang boleh g PD siap makan lagi. Manyak murah maa..Sekitar jam 9 malam, kami pon beransur pulang ke Melaka. Tiqa tapau kami makanan tadi. Jam 10.30 kami sampai di Hostel. Plan kami sepanjang perjalanan pulang, nak tengok wayang cerita Evolusi KL Drif 2. So sampai-sampai hostel, kami bincang semula. Akhirnya kami pon gerak ke Melaka Mall untuk tengok wayang.
Kami sampai MBO jam 11.20. Mujurla ada kerusi kosong, so sempat la kami tengok wayang jam 11.15. Sekitar jam 1pagi kami gerak puluang ke Hostel. Sebelum pulang, kami singgah dahulu minum di kedai mamak Kenang Selalu. Sekitar jam 2 pagi kami pulang ke Hostel. Aktiviti aku hari ni yang happy walaupon kondisi badan yang tak sihat. Sebab terlalu puas hati, so balik-balik terus aku post entry ni. Besok nak kena bangun awal lak. Nak g Konvo Alif. Kena shot gambar Alif. Apa-apa pun, aku happy....
Gambar :
Baru Sampai
Wan
Iki
Nab
Peace
Candid
Nab & Iki
Tiqa baru sampai
Seting layang-layang
Cubaan pertama wan menaikan layang-layang
Tiqa, Nab & Iki
Cubaan pertama gagal
Cubaan kedua wan berjaya
Giliran Tiqa
Giliran Nab
Giliran Iki
Layang-layang naik tinggi
Penuh bersemangat
Perkerja pantai
Penyajak??
Tiqa
Orang laut beli air
Nab & Tiqa
Wan, Iki, Nab & Tiqa
Kemas nak balik
Jalan-jalan kat pasar malam
Model Topi
Singgah pantai balik
Iki & Wan kat rumah Tiqa
Nab & Tiga jaga Mat (Anak sedara Tiqa)
Nab jadi Cik Nab
semart~
ReplyDeleteApe yang semart??
ReplyDelete