Sebelum kami pergi final camp, kami telah diberi pendedahan mengenai elemen-elemen yang ada dalam kursus level 1. Pendedahan ini sebagai selibus kami untuk 1sem. Final Camp adalah masa kami aply apa yang kami telah pelajari untuk 1sem. Kem kali ini di adakan di Kem Lembah Genting, Batang Kali, Selangor. Kem ini merupakan kem yang strategik untuk melakukan program seperti ini. Kelengkapan peralatan untuk aktiviti rekreasinya mencukupi. Seramai 57Pelajar kelab Kembara UTeM, 2Pelajar UiTM Lendu dan 5orang operator kem lembah genting menyertai kursus level 1 ini. Kami menerima didikan dan peperiksaan dari 4orang jurulatih dari Persatuan Jurulatih Kebangsaan.
Kem ini di adakan selama 2hari 2malam. Bermula dari 26 Feb hingga 28 Feb 2010. Jam 6.00petang, kami memulakan perjalanan kami menuju ke kem lembah genting. Sekitar jam 12.00malam kami tiba di kem lembah genting. Setibanya di kem, kami semua bergegas menurunkan barang dari dalam bus. Selesai mengumpul barang, kami semua menikmati hidangan makan malam. Selepas itu, kami menerima taklimat dari En. Saiful yang merupakan pensyarah kelab kami. Setelah kami diserahkan kepada ketua jurulatih yang kami panggil En Bai, kami semua bersurai untuk memasang khemah.
Pagi itu juga, jam 2.00pagi, kami terpaksa mengikuti kelas. Kelas pertama adalah kelas Kraft Perkhemahan dan kelas seterusnya adalah kelas Tali dan ikatan. Sekitar jam 4.00pagi kelas kami pon berakhir dan kami bersurai untuk tidur. Besok kami perlu bangun awal untuk kelas seterusnya. Aku dan beberapa AJK yang bertugas terpaksa berjaga dan bertanggungjawab mengejutkan peserta pada jam 6.15 pagi. Pondok sentri adalah tempat kami berjaga.
Hari Ke-2 :
Sekitar jam 6.30pagi kami semua berkumpul untuk solat subuh berjemaah. Selesai solat subuh, kami berkumpul di tengah-tengah dataran untuk senaman pagi. Senaman pagi itu diketuai oleh Zaid salah seorang AJK perkhemahan. Selesai senaman pagi, kami meneruskan aktiviti pagi yang lebih seronok. Aktiviti itu diketuai oleh Along dan rakan-rakannya. Mereka adalah operator kem yang menyertai kursus level ni. Game yang kami main adalah 'sifir tiga'. Game yang agak menarik. Peserta yang salah, akan berkumpul di tengah-tengah bulatan dan di dendan dengan sifir siput. Siput Sedut. Sifir ni lagi menarik dari sifir tiga.
Selesai aktiviti pagi, kami menikmati sarapan pagi. Selesai sarapan pagi kami kembali memulakan kelas. Kelas pagi tu adalah kelas Orientaring. Selesai kelas, kami melakukan praktikal dari apa yang kami telah pelajari. Kami di bahagikan kepada dua kumpulan besar. 1kumpulan melakukan aktiviti 'Abseling' dan satu lagi lakukan aktiviti ' Orientaring'. Aku wat orientaring. Peserta yang wat orientaring pula di pecahkan lagi kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 akan pasang control marker untuk kumpulan dua cari dan sebaliknya. Aku adalah kumpulan dua. Kami pun dengan semangat jahat pasang control marker di kawasan yang mencabar. Hasil pertandingan, kumpulan kami dapat membuat catatan masa yang lebih cepat dari kumpulan 1 dan tiada dami yang kami kumpulkan. Tahniah kepada ahli kumpulan aku. Korang memang power.
Selesai orientaring, kami melakukan aktiviti 'Abseling'. Abseling kali ni adalah nature absel, kami guna permukaan bukit sebagai wall untuk kami landing. Selesai abseling kami berkumpul semula di dewan untuk makan tengah hari. Aktiviti petang pula adalah 'Jungle Trakking'. Kami di bawa melalui trail yang agak mencabar. Trail yang pelbagai jenis bentuk muka bumi memberi cabaran kepada peserta kali ini. Kami tiba di satu kawasan tapak perkhemahan dan berhenti di situ untuk kelas ikhtiar hidup. Di sini kami mempelajari cara memasak menggunakan buluh dan alam semula jadi yang lain. Selesai aktiviti ini kami meneruskan trakking kami menuju ke spa. Peserta terpaksa merentasi kawasan berlumpur dengan cara meniarap. Selesai merentasi lumpur kami tiba di sungai. Di situ kami di beri peluang untuk mandi di sungai. Kami mandi untuk membersihkan diri.
Selesai solat maghrib berjemaah, kami meneruskan dengan aktivi malam itu, iaitu malam kembara. Tema malam kembara adalah Teater Musikal. Malam kembara berjalan dengan lancar. Malam itu kami meraikan ulang tahun kelahiran seorang peserta kursus level. Selepas kami meneruskan aktiviti night walk. AJK pula terpaksa berkumpul di dewan untuk membincangkan program Eksploreace yang akan di adakan besok pagi.
Hari ke -3:
Selepas solat subuh, kami meneruskan senaman pagi. Senaman pagi kali ini diketuai oleh Rambo, Jurulatih dari kem lembah genting. Kami melakukan senam robik. Selesai senam robik kami sarapan pagi. Selepas sarapan pagi, peserta di beri taklimat mengenai Eksploreace yang akan di adakan. Sekitar jam 10.00pagi peserta Eksploreace dilepaskan. Dalam Eksplorerace ini, peserta akan melakukan 7tast. Ketujuh-tujuh tast ini merupakan elemen outdoor. Antara tast nya ialah, Obstacle, Orientaring, River Crossing, Flying Fox, Trail Running, Tubi dan Ikatan. Peserta dapat merasa kesemua jenis outdoor dalam satu aktiviti. Sekitar jam 2.00 petang aktiviti Eksplorerace selesai. Kami bersiap-siap dan mengemas kawasan perkhemahan. Selesai makan tengah hari, kami mengambil ujian bertulis dan ujian tali untuk level 1.
Selesai semua, kami pun berkumpul untuk majlis penutup. Selesai majlis penutup, kami pon bersiap-siap untuk pulang ke UTeM. Final Camp ini berjalan dengan jayanya. Hasil kerjasama semua pihak, Final Camp ini dapat dilaksanakan. Terima kasih di ucapkan kepada semua peserta,AJK,Jurulatih,pihak kem dan pihak-pihak lain yang membantu.
Qoute :
Ok. Sori report skema. Nama pon report. Ok pada bebudak kembara yang membaca, Tq di atas kesabaran anda membaca semua ni. Gambar yang aku upload ni sebahagian je. yang lain nanti ambil sendiri. Total gambar semua 270 Keping ( 1.21 GB ). Tahniah kat korang sebab dah satle kem. Lulus tak lulus tu blakang citer. Yang penting korang happy. Tapi aku tau penat, tido tak cukup. AJK lagi la tak cukup tido. Thanks a lot kt AJK. Kerje ngan korang memang best r. Klu ada aku termarah tu sory, tak marah pon. Saja tinggi kn suara bg nada tu tegas baru orang dengar. Pape pon Tahniah kat AJK. Korang dapat wat Eksplorerace dalam masa 1Malam. Orang biase setup berminggu-minggu, tapi kite set up 1malam. Korang patut bangga dengan kerja korang. Pada peserta Eksplorerace harap korang gumbira dengan game tu. Aku admit game tue tak perfect. Kami wat sekadar nak bagi korang take feel cam mane main race. So lepas nie boleh la join race-race kat UTeM atau anjuran orang luar. Ok la sekali lagi TQ semua. Nah layan gambar yang aku upoload.
Gambar :
Perjumpaan hari rabu : Ambil barang
Peserta berkumpul di kolej kediaman
Memulakan perjalanan
Singgah di R&R Seremban
Barisan Jurulatih
Tiba di Kem
Makan malam
Menu makan malam
Kelas pertama
Taklimat dari ketua jurulatih ( En Bai )
Peserta dari operator kem
Sentri
Senaman pagi
Senaman pagi
Sarapan
Kelas Orientaring
Orientaring
Kump 2 Orientaring
Abseling
Abseling
Abseling
Ikhtiar Hidup
Ikhtiar Hidup
Nasi
Sardin + Telur
Periuk Buluh
Makan Time
Malam Kembara
Juri
Penonton Fanatik
Planning Kump
Persembahan Teater Musikal
Meeting Explorerace
Crew Explorerace
Crew Explorerace
Explorerace : Obstacle
Explorerace : Orientaring
Explorerace : River Crossing
Explorerace : Flying Fox
Explorerace : Persembahan sebelum tubing
Explorerace : Tubing
Crew Explorerace : Tubing
Explorerace : Ikatan
Ujian Bertulis
Peserta Final Camp Kembara
gmbr byk2 nk mik kt sape ek? nk copy..huhu
ReplyDeleteNanti hari rabu bawak pendrive..amek kat sane..
ReplyDeletePesan kt kwan2 yang ada bwak cam, hari rabu nie bwak gmbar dr cam diorang skali...kite kumpul kan..
wan da pndai edit gmbrla..=D
ReplyDeletemane ade pndai...
ReplyDeleteckit sgt2 aku edit...
kene tunggu instrktor photoshop lak ajar la...
niat nk g lvel 1 photoshop...hehe