Thursday, January 7, 2010

Adik aku yang bongsu dah darjah 1.

 Entry ni aku nak post selasa lepas, tapi memandangkan gambar dari phone aku ada sedikit masalah untuk ditransfer ke PC aku, so niat aku terpaksa di tunda. Sekarang ni aku ngah ada masa free, sambil-sambil menunggu jam melangkah ke no 11, niat nak tulis pasal kisah adik bongsu aku ni datang balik. Nama adik aku ni Muhammad Danial Haikal Bin Abdul Majid. Adik bongsu aku ni umur tahun ni masuk 7tahun. Tahun ni dia masuk la alam sekolah sebenar. Kalau sebelum ni dia hanya bergelar pelajar prasekolah, kata orang tua-tua sekolah makan, so tak dikira sekolah sebenar la. Seperti yang aku bagi tau, dia anak bongsu dalam family aku, so sendiri fikir la betapa manjanya dia. Boleh dikatakan, semua kemahuan dia akan ditunaikan. Kalau korang nak tau, masa dia tadika atau prasekolah, dia bawak duit sekolah RM 1.00. Aku rasa nilai ni besar bagi seorang budak tadika di luar bandar. Aku dulu tak bawak satu sen pon.hehe..Darjah satu pulak dia bawak duit belanja RM2.00 pulak, dah naik darjah, so kena la naik duit belanja.erm....

 Hari selasa lepas aku balik rumah sekejap, Time tu adik aku ni pon baru balik sekolah. So aku tengok dia pakai baju sekolah, agak menarik la. Yela budah kecik, badan pon kecik, pakai pakaian sekolah lak, memang comel la. So aku pon ambil la gambar dia, gambar kasut sekolah dia yang kecil tu dan barang-barang lain yang semestinya berjanama kartun-kartun superhero kanak-kanak. Petang tu pulak dia kena bersiap untuk pergi ke sekolah agama. Tapi memandangkan aku ada kuliah selepas tu, so niat aku nak amek gambar dia pakai baju melayu sekolah agama tergendala. tak pa lain kali la.

Ok jom tengok gambar yang aku sempat snap.


Ni la adik aku yang bogsu : Haikal


Kasut sekolah dia : Kecil je


Beg sekolah dia : Ni jenama paling dia suka, Ben 10


Botol air dia : Spiderman


Latihan pertama dia : permulaan yang baik, dapat A. Melukis memang dia minat, bab-bab lain, no comment.

3 comments:

  1. muhammad faqrul haikal? am i rite?
    hehe

    ReplyDelete
  2. hehheehe
    comel je kasut.. kecik
    ben 10 memang menjadi kegilaan sekarang.
    huhuhuh

    ReplyDelete
  3. danial haikal la...
    tau xpe..adik aku tue xleh tgk brang2 ben10..mst die nk nyer...

    ReplyDelete