Setelah KeReX bercuti dari aktiviti gunung selama lebih dari sebulan ekoran bulan puasa dan hari raya aidilfitri, kini KeReX muncul dengan program baru dengan bawakan yang baru. Naik saja cuti raya, KeReX terus menganjurkan satu program gunung. Program kali ini mempunyai sedikit kelainan dari program-program gunung sebelum ini. Kali ini KeReX sebagai pihak penganjur telah menyediakan satu Program Deligasi Gunung IPT. Kebiasanya kita dengan program deligasi dilakukan di dewan, bilik perbincangan atau lebih jelas secara "indoor". Program ini memberikan kelainan dengan wujudnya deligasi yang julung kalinya di adakan di puncak gunung. Kejayaan program ini hasil dari kerjasama empat IPT di Malaysia. Antaranya ialah Merbau Advanture Recreation Club (MARC), UTM, Kelab Kembara dan Rekreasi, UNITEN, Kelab Rekreasi UiTM Malaysia (KRESMA), dan Kelab Kembara, UTHM.
Program yang berlansung selama dua hari satu malam ini di adakan pada 25 September 2010 sehingga 26 September 2010. Program ini merupakan langkah baru dalam dunia penerokaan khazanah alam di Malaysia. Langkah baru ini di mana barisan yang terdiri dari golongan Mahasiswa/i bangkit dan membina satu gerakan yang lebih profesional dalam dunia pendakian dan menjadikan aktiviti ini lebih ke arah yang profesional. Dengan bertemakan "Penerokaan Profesional, Dari Golongan Profesional, Ke Arah Yang Profesional" kami selaku peminat aktiviti mendaki yang juga merupakan golongan mahasiswa/i ingin menjadi salah satu dari golongan yang bertanggungjawab memelihara khazanah alam di Malaysia. Gagasan ini masih lagi di peringkat baru. Namun dengan wujudnya program deligasi buat kali pertama ini, kami telah bersepakat untuk menjadikannya program penerus agar gagasan pendaki mahasiswa/i ini dapat dikukuhkan lagi dan pada masa akan datang menjadi satu badan pendaki yang kukuh seperti OGKL, KARAT,Kelab Kembara Malaysia dan banyak lagi.