Monday, May 10, 2010

Jual Anak Untuk Hidup


 Terlebih dahulu, aku rasa elok rasanya aku mulakan entry kali ini dengan mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu-ibu di dunia. Sempena hari ibu, aku ada sedikit cerita yang hendak aku kongsikan bersama pembaca blog aku. Cerita ini adalah kisah benar kehidupan seorang masyarakat malaysia yang bergelar IBU. Cerita ini aku ambil dari akbar Utusan yang aku dah baca agak lama. Melihat tajuk rencana ini pada dada akhbar ketika itu, aku agak terkejut lantas menarik minat aku untuk terus membaca bagi menjawab setiap persoalan yang timbul ekoran dari tajuk rencana itu. "Jual Anak Untuk Hidup".
  Adakah ibu yang sanggup menjual anak?? semestinya jawapan kita adalah TIDAK. Bersama ini aku akan lampirkan carita sebenar dari akhbar yang aku sempat snap untuk pembaca membacanya sendiri. Aku sekadar bercerita sedikit kesimpulan yang aku dapat buat. Namanya Ayu (Bukan nama sebenar). Dia merupakan seorang tidak berpelajaran tinggi. Sekadar menerima pendidikan sehingga tahun 1 sahaja. Ketika di wawacara oleh wartawan, dia kini berusia 52 tahun dan tinggal di sebuah pusat kebajikan di ibukota. Dia kini menghabiskan sisa kehidupannya dengan beramal dan mendalami ilmu agama. Dia murupakan anak yatim. Dikatakan dia telah berkahwin lebih dari sekali. Perkahwinan pertamanya ketika usianya seawal 17 tahun dan suami nya berusia 51 tahun. Tidak sampai 3 bulan suaminya itu meninggal dunia. Perkahwinan itu dikurniakan seorang anak. Ayu menbesarkan anak itu sehingga umur anak itu 6tahun. Akibat desakan hidup Ayu akhirnya menyerahkan anak itu ke pusat kebajikan masyarakat.
 Perkahwinan keduanya pula ketika usianya 21 tahun dan suami keduanya berusia 25 tahun. Tanpa disedari, suaminya merupakan seorang panigih dadah. Akhirnya, suaminya ditangkap oleh pihak polis. Ketika suaminya di dalam penjara, Ayu telah pon melahirkan seorang anak. Ketika itu ada seorang pasangan suami isteri dari Klang ingin mengambil anak itu. Mengenakan desakan hidup, Ayu rela menyerahkan anak itu kepada pasangan suami isteri itu yang dikatakan tidak mempunyai anak. Pasangan itu memberikan ratusan ringgit kepada Ayu sebagai duit rawatan.
 Selepas itu, Ayu mula mengenali rakan lamanya yang dikatakan dari Port Dickson. Rakannya telah menipunya dan menjual dengan harga RM15 000 di sebuah hotel. Dari itu, kehidupan gelap Ayu bermula. Dia menjadi seorang pelacur. Sepanjang Ayu menjadi pelacur, dia telah tiga kali mengandung dan melahirkan 4orang anak. 2daripadanya adalah kembar. Jumlah kesemua anak Ayu seramai 6orang, namun tidak seorang pun yang bersamanya saat ini. Katanya dia tidak berniat untuk memberi atau menjualkan anak nya kepada orang, tapi desakan hidupnya dan keadaan hidupnya ketika itu tidak membenarkan dia membesarkan anak-anaknya. Dia lebih senang memberi kepada orang lain dengan harapan anaknya akan membesar dalam keadaan yang lebih baik dari kehidupannya. Demi kebahagian anak-anak, Ayu sanggup berpisah kasih dengan anak-anaknya. Keperitan yang ditanggungnya mengandungkan anak-anaknya hanya dia yang mengetahui. Namun Ayu sanggup hidup dalam kerinduan seorang ibu terhadap anak sehingga akhir hayatnya demi anak-anaknya yang kini mungkin sedang berbahagia.
 Sama-samalah kita renungkan. Sekiranya anda pembaca mempunyai pendapat dari cerita ini boleh diusulkan. Sama-sama kita berdiskusi.

Keratan Akhbar :

No comments:

Post a Comment