Monday, May 10, 2010

Jual Anak Untuk Hidup


 Terlebih dahulu, aku rasa elok rasanya aku mulakan entry kali ini dengan mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu-ibu di dunia. Sempena hari ibu, aku ada sedikit cerita yang hendak aku kongsikan bersama pembaca blog aku. Cerita ini adalah kisah benar kehidupan seorang masyarakat malaysia yang bergelar IBU. Cerita ini aku ambil dari akbar Utusan yang aku dah baca agak lama. Melihat tajuk rencana ini pada dada akhbar ketika itu, aku agak terkejut lantas menarik minat aku untuk terus membaca bagi menjawab setiap persoalan yang timbul ekoran dari tajuk rencana itu. "Jual Anak Untuk Hidup".

Thursday, May 6, 2010

Baru kau tahu payah....

 "Hahh!!! sekarang baru kau tahu payahnya nak uruskan rumah". Kata hati aku yang seakan mengejek ku sambil menjelirkan lidah keluar menembusi pagar bergigi. Geram sekejap aku melihat perlakuan sebegitu. "Berani kau kutuk aku eh" getus aku dalam diam pada diri sendiri.

 Sekarang mak aku ngah patah tangan, so mak aku kena duduk rehat ja kat rumah. Kebetulan aku tengah cuti, so dapat la aku tolong mana yang patut. Tugas kat rumah yang sebelum ni mak aku buat, sekarang aku yang buat. Bangun pagi hantar adik-adik aku g sekolah. Selesai hantar semua, aku sambung kemas rumah. Pastu masak. Hahh!! masak. Cam tak caya kan. Aku pun tak caya. Hehe. Aku masak sambil mak aku duduk kat dapur jugak. Kiranya mak aku sebagai jurutera pengajar dan aku sebagai pelajar. Mak aku bagi tahu apa yang kena buat dan aku buat. sampai siap semua. [Eja,Erin,Roza...aku dah boleh join kamu kat area dapur lepas nie]

Cuti Sem 2

 Salam..aku dah pun cuti sem. Cuti yang agak lama. Bermula dari 28 April 2010 Sampai 05 Julai 2010. Lebih kurang 2bulan lebih la. Permulaan cuti memang best. Tak da kelas, just duduk rumah je. Pastu dah lama ckit bosan pon datang. Dan sekarang "Perk Bosan siot!!!"..hehe.
  Sepanjang cuti memang aku duduk umah je. Tak pergi mane pon. kalau ikut kan hati, banyak tempat nak g. tapi memandangkan isi dalam poket tak pernah mengizinkan, so duduk umah je la. Plan kedua, nak keja. Tapi sampai skang masih belum mula.
  So, untuk hilang kan bosan nie dan sebelum bosan nie menjadi-jadi, aku rase elok la aku g merayap cari keje. Besok misi mencari keja akan bermula. Harap-harap ade la yang sudi amek aku keja. Dah keja blh la cari duit. Bagi poket ni berisi, baru boleh laksanakan plan-plan yang agak lama tertangguh..

Monday, May 3, 2010

Sepetang D' Sawah Padi



  Peperiksaan final exam untuk semestar ni dah abis. So aku pon balik la ke kampung. So bila balik rumah dalam masa belum lagi cuti sekolah, semestinya rutin harian aku adalah 'Driver'. Menghantar dan mengambil adik-adik aku pergi dan balik dari sekolah.
 Sabtu, 01 Mei 2010, hari ni cuti. Rutin aku tak berjalan. So kebosanan pon datang dengan laju nyer. Memandangkan aku dah lama tak jalan-jalan pusing kampung. Aku pon buat keputusan nak ajak 'awek' aku g jalan-jalan. Semestinya dia setuju. Mana pernah dia bantah. So aku pon menghidupkan enjin motosikal ku menuju ke sawah padi depan masjid kampung aku. Agak dukacita kerana masa aku g, sawah telah di tuai. So padi tak ada. Yang ada hanya petak sawah saja bersama lumpur. Agar tak menghampakan 'Awek' aku. Aku pon snap la sekeping dua.