Sunday, June 10, 2012

Bukan tak nak cuma takut

Minggu lepas budak rumah aku kahwin,minggu ni dua orang rakan outdoor aku di UTeM kahwin. Bila bertandang kenduri kahwin pastinya datang dengan rakan-rakan lain. Untuk usia 24 tahun macam aku, rata-rata yang datang semuanya berpasangan sama ada bercinta,bertunang atau berkahwin. Erti senang paham adalah berpasangan. Dan untuk aku yang memang orang tahu berstatus single pastinya akan dihujani dengan soalan "kau sampai bila nak single" ataupun soalan lain yang seerti dengannya. Ok aku tak suka soalan tu. Dan mengharap soalan tu tidak diajukan kepada aku.
Bukan aku tak nak berpasangan. kalau tanya semua orang nak atau lebih mudah "benda best siapa tak nak". Tapi aku takut untuk bercinta atau mengorat. Antara sebabnya takut kena reject atau kehilangan..gituuu..Sebab tu buat aku kurang bertindak. Perkataan "kurang" tu maksudnya bertindak, bukan tak. Mungkin back history buat aku jadi fobia. Bagi aku, prinsip aku adalah awek aku tu adalah tunang aku dan bini aku selepas tu. Dan itu juga mungkin mendorong aku untuk tidak agresif dalam bertindak.
Mungkin akan jadi agresif bila aku punya kedudukan yang lebih stabil kot,maksudnya dah berkerjaya. Masa tu kalau berminat boleh la terus jumpa mak ayah dia. Berani kau jahh!!!

2 comments: