Monday, June 18, 2012

Anak Derhaka - Ustaz Dzulkarnain Hamzah

Terdegar budak rumah aku bukak video zikir munajat di labtop dia.Suara si pembaca sangat aku cam.suara ustaz yang pernah bagi ceramak masa aku sekolah.Dulu pernah aku beli kaset dia lepas abis ceramah.Lepas tu hilang ke mana kaset tu.Sekian lama aku cari jumpa hari ni.Terus aku cari lagu anak derhaka yang dinyanyikan dulu masa dia bagi ceramah,maklumlah ceramah tu dihadiri pelajar bermasalah antaranya aku yang ditangkap merokok berkali-kali.Pada lagu ni,ada satu baris ayat yang sangat aku pegang dari dulu sampai sekarang "Tiada keredhaan Allah melainkan keredhaan dari kedua ibubapa". Jom kita tengok video ni dan sama-sama kita renungkan.

Ustaz Dzulkarnain Hamzah - Anak Derhaka :


Saturday, June 16, 2012

Tuhan berikan ku PEDOMAN...

Tertarik dengan setiap baris lirik lagu PEDOMAN nyanyian NORA. Dengar lagu ni kat you tube,terus aku search lirik lagu ni untuk aku pahamkan apa yang ditulis dalam lirik ni.Bila dan baca dan paham,ok lagu ni bagus untuk dikongsi.Boleh kita sama-sama jadikan renungan untuk diri sendiri sambil-sambil medengar dendangan lagu. Sekadar berkongsi :

Target gadget baru!!!

 Dah agak lama aku tak fokus pada gadget baru. Sekarang ni timbul rasa ingin memiliki gadget baru membuak-buak serta mencurah-curah keladang gandum. Semestinya kena la susun cara untuk menyerang..yeah baru la boleh capai target. Macam-macam orang aku jumpa untuk dapatkan seberapa banyak job demi target kali ni. Gaya macam mahal kat target kali ni. Yup bagi aku memang mahal. Angaaran target gadget aku kali ni sekitar RM7000 - RM 9000. Ok jom tengok apa gadget yang aku tengah target ni.

Jeng,jeng.jengg!!!

Friday, June 15, 2012

Kembali berhubung dengan rakan PKE Alfa

Secara jujur dan seriuss gila-gila aku suka sangat dan puas hati bila dapat contact balik dengan kawan-kawan masa sekolah teknik dulu. Ok sikit background zaman sekolah teknik aku. Kami ni 2tahun beljar Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elekronik(PKE) dan dalam sekolah kami ada 3kelas untuk aliran PKE.Kelas kami PKE Alfa. Kelas yang boleh dikatakan top dengan kenakalan zaman remaja di sekolah kami.Boleh kata perhatian lebih la dari cikgu sekolah time tu.tapi syukur semua diantara kami berjaya dalam konsep hidup,aminn.oh lupa lak nak bagitau nama sekolah.sekolah kami nama nya Sekolah Menengah Teknik Dato'Seri Mohd Zin atau lebih dikenali dengan Teknik Alor Gajah (TAG). Nie aku nak share kemeriah kami bila dapat contact balik kat FB.Tq FB. 




coment2 dari group FB kami

video clip untuk mood minggu ni



1. A.P.I - Pelita



Lirik Pelita by A.P.I :



Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan


Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir


Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan


Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir


Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur




Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Sunday, June 10, 2012

Bukan tak nak cuma takut

Minggu lepas budak rumah aku kahwin,minggu ni dua orang rakan outdoor aku di UTeM kahwin. Bila bertandang kenduri kahwin pastinya datang dengan rakan-rakan lain. Untuk usia 24 tahun macam aku, rata-rata yang datang semuanya berpasangan sama ada bercinta,bertunang atau berkahwin. Erti senang paham adalah berpasangan. Dan untuk aku yang memang orang tahu berstatus single pastinya akan dihujani dengan soalan "kau sampai bila nak single" ataupun soalan lain yang seerti dengannya. Ok aku tak suka soalan tu. Dan mengharap soalan tu tidak diajukan kepada aku.
Bukan aku tak nak berpasangan. kalau tanya semua orang nak atau lebih mudah "benda best siapa tak nak". Tapi aku takut untuk bercinta atau mengorat. Antara sebabnya takut kena reject atau kehilangan..gituuu..Sebab tu buat aku kurang bertindak. Perkataan "kurang" tu maksudnya bertindak, bukan tak. Mungkin back history buat aku jadi fobia. Bagi aku, prinsip aku adalah awek aku tu adalah tunang aku dan bini aku selepas tu. Dan itu juga mungkin mendorong aku untuk tidak agresif dalam bertindak.
Mungkin akan jadi agresif bila aku punya kedudukan yang lebih stabil kot,maksudnya dah berkerjaya. Masa tu kalau berminat boleh la terus jumpa mak ayah dia. Berani kau jahh!!!