Tuesday, October 12, 2010

Wedding Rohani

Setelah bertahun-tahun tak jumapa, last-last jumpa kat FB. Tak berapa lama kemudian, aku di tag jemputan kahwin. Eh dah nak kahwin dah kawan aku ni. So pada 09/10/10 kenduri kahwin pon berlansung. Rohani, pengantin perempuan ni adalah rakan sekolah aku di sek men durian tunggal. So kelapangan yang ada, aku pun pergi kenduri kahwin dia dengan syera, yang juga kawan aku masa sekolah durian tunggal dulu. Sempat la aku snap beberapa keping. So jemput-jemput la tengok ye.


Monday, October 11, 2010

Peraturan kepada BF anak aku.

Terlebih dahulu aku nak mintak izin ambil hasil karya ni untuk aku post kt blog aku. Serius, sekali baca aku terus minat nk post kt blog n share ngan pembaca blog aku. So selamat membaca. Renungkan apa yang di tulis.



Kepada Bf anak aku, 

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Kisah "Ermm ngajuk la"

 Retetan sebuah kisah yang secara tidak lansung mengheret aku untuk terlibat.

Seperti kebiasaan, bila kebosanan aku akan keluar berdua-duaan bersama 'awek hitam' ku. Lokasipun lokasi yang menjadi kebiasaan juga, 'air pancut berirama' di Hang Tuah Mall. Kenapa aku suka pergi sana??mungkin kerana 'awek' aku ni suka tengak air pancut tu. Atau mungkin sebab aku suka tengok air pancut tu dan memaksa 'dia' untuk tengok. Al maklumla, aku mana boleh berenggang dengan 'awek' aku ni. Semasa kami menikmatan permandangan ciptaan manusia yang sememangnya cantik itu, seperti biasa juga 'awek' aku akan rakam permandangan yang 'dia' lihat dalam memori 'dia'.
 Permandangan kami tiba-tiba tertumpu pada satu babak "rajuk-merajuk" dan "pujuk-memujuk". Si merajuk dengan reaksi mukanya yang agak masam ditambah pula muncung bibirnya yang di halakan ke depan. Terlihat jelas reaksimerajuknya. Namun reaksi itu kelihatan comel. Si pemujuk pula dengan reaksi muka sedih merayu itu memujuk si merajuk itu. Tertunduk la si pemujuk. Tak fikir dah dia pada sekeliling, yang penting si merajuk kembali ceria seperti biasa.

Friday, October 8, 2010

BMFP D' Pulau Perhentian, Terengganu


 Seperti semestar yang lepas, BMFP akan menganjurkan trip sesama pelajar kelas. Trip kali ini lebih jauh dari trip tahun lepas. Kali ini kami memilih Negeri Terengganu sebagai negeri percutian. Manakala lokasi di Terengganu yang dipilih pula adalah Pulau Perhentian. Trip kali ini memerlukan kos perbelanjaan yang berganda besar dari trip sebelumnya. Trip yang bertemakan sepenuhnya percutian ini memerlukan peserta membayar RM260.00 seorang untuk menyertainya. 'Sepenuhnya Percutian' ini bermaksud peserta tidak perlu masak sendiri dan tidur dalam khemah seperti trip yang lepas-lepas. Kali ini kami tidur di challet dan makanan serta BBQ kami disediakan. Trip ini pada awalnya dirancang untuk membawa kesemua 70 orang pelajar kelas tahun 2 BMFP. Namun permasalahan yang berlaku menyababkan kami gagal untuk pergi dengan jumlah peserta yang dirancang. Walaubagaimanapun, seramai 18orang pelajar menyertai trip ini dan berjaya menyelesaikan trip ini dengan meriahnya. Trip kali ini berjalan agak lama iaitu selama tiga hari dua malam bermula dari 01 October 2010 hingga 03 October 2010.

Thursday, October 7, 2010

Deligasi Gunung IPT

 Setelah KeReX bercuti dari aktiviti gunung selama lebih dari sebulan ekoran bulan puasa dan hari raya aidilfitri, kini KeReX muncul dengan program baru dengan bawakan yang baru. Naik saja cuti raya, KeReX terus menganjurkan satu program gunung. Program kali ini mempunyai sedikit kelainan dari program-program gunung sebelum ini. Kali ini KeReX sebagai pihak penganjur telah menyediakan satu Program Deligasi Gunung IPT. Kebiasanya kita dengan program deligasi dilakukan di dewan, bilik perbincangan atau lebih jelas secara "indoor". Program ini memberikan kelainan dengan wujudnya deligasi yang julung kalinya di adakan di puncak gunung. Kejayaan program ini hasil dari kerjasama empat IPT di Malaysia. Antaranya ialah Merbau Advanture Recreation Club (MARC), UTM, Kelab Kembara dan Rekreasi, UNITEN, Kelab Rekreasi UiTM Malaysia (KRESMA), dan Kelab Kembara, UTHM. 
 Program yang berlansung selama dua hari satu malam ini di adakan pada 25 September 2010 sehingga 26 September 2010. Program ini merupakan langkah baru dalam dunia penerokaan khazanah alam di Malaysia. Langkah baru ini di mana barisan yang terdiri dari golongan Mahasiswa/i bangkit dan membina satu gerakan yang lebih profesional dalam dunia pendakian dan menjadikan aktiviti ini lebih ke arah yang profesional. Dengan bertemakan "Penerokaan Profesional, Dari Golongan Profesional, Ke Arah Yang Profesional" kami selaku peminat aktiviti mendaki yang juga merupakan golongan mahasiswa/i ingin menjadi salah satu dari golongan yang bertanggungjawab memelihara khazanah alam di Malaysia. Gagasan ini masih lagi di peringkat baru. Namun dengan wujudnya program deligasi buat kali pertama ini, kami telah bersepakat untuk menjadikannya program penerus agar gagasan pendaki mahasiswa/i ini dapat dikukuhkan lagi dan pada masa akan datang menjadi satu badan pendaki yang kukuh seperti OGKL, KARAT,Kelab Kembara Malaysia dan banyak lagi.