Tuesday, February 23, 2010

Ulu Sepat - Camah [Kembara UTHM]

 Pada 13 Feb hingga 20 Feb, aku dengan 6orang budak UTeM telah mengikuti program gunung anjuran Kembara UTHM. Seramai 21 orang peserta telah mengikuti ekspedisi kali ini. Program itu merupakan salah satu daripada program menawan gunung yang disenarai sebagai kumpulan gunung berketinggian 7000 kaki ke atas atau lebih dikenali sebagai G7. Trail bagi XPDC kali ini bukan lah trail yang mudah. Ianya memerlukakan kekuatan fizikal juga mental yang kuat untuk menamatkannya. Trail ini memerlukan tempoh 6hari 5malam untuk peserta menamatkan ekspedisi ini. Di Dalam ekspedisi kali ini, peserta perlu menawan 2puncak gunung G7 iaitu puncak gunung Ulu Sepat di negeri Perak dan puncak Camah di negeri Kelantan. Trail ini memerlukan peserta merentasi sempadan 2 negeri iaitu Perak dan Kelantan. Permulaan trail ini, peserta akan memasuki melalui Sungai Siput, Perak dan menamatkannya di Gua Musang, Kelantan.

 Perjalanan program ini bermula pada 13Feb, dimana para peserta berkumpul untuk menerima taklimat akhir dari pengarah program. Pengarah program ini iailah, Cik Arien Ellisa. Para peserta berkumpul di perkarangan Dataran Anggerik UTHM. Selesainya taklimat dari pengarah, peserta terus memulakan perjalanan menuju ke Sungai Siput, Perak dengan menaiki bas. Sekitar jam 8.30pagi, para peserta tiba di surau Kg. Lasah, Sungai Siput Perak. Selesai sarapan pagi, peserta meneruskan perjalanan ke kaki gunung Ulu Sepat di Kg. Lelah. Perjalanan menuju ke Kg. Lelah memerlukan pengangkutan jenis pacuan empat roda. Trail laluan balak yang sudah lama tidak digunakan sememangnya memberi cabaran awal kepada ekspedisi kali ini. Peserta terpaksa menenpuh perjalanan ini selama 5jam dari KG. Lasah menuju ke Kg. Lelah. Setibanya di kaki gunung peserta memulakan trekking selama lebih kurang 1jam untuk tiba di kem site pertama. Di sini, kami bermalam dan berehat untuk persediaan treking besok hari. Taklimat dari juru pandu yang mengatakan trail besok agak menguji kesabaran peserta membuatkan kami berdebar menanti hari esok. Antara kem site yang kami lalui dan bermalam sepanjang trip ini adalah, Kem Lebah, Kem Sangkut, Puncak Botak, Puncak Bongsai Togel, Punca air terakhir dan kem 'Junction'. Kami bermalam di kem 'Junction'.

 Hari ketiga, seawal pagi kami bangun dan menyediakan sarapan. Selesai sarapan pagi, peserta meneruskan perjalanan dari kem 'Junction' menuju ke puncak Ulu Sepat. Peserta tidak perlu membawa bag untuk pergi ke puncak Ulu Sepat. Selesai sesi bergambar, peserta turun semula ke kem 'Junction' dan meneruskan perjalanan turun dari puncak ke kaki gunung Ulu Sepat di Kg. Sungai Rekom, Kelantan. Perjalanan turun ini bermula dengan lancar sehingga la peserta tiba di Kem Sungai Leper. Di situ peserta makan 'besar'. Selesai makan, peserta meneruskan perjalanan menuju ke kem sempadan untuk bermalam. Perjalanan menuju ke kem sempadan memberi pengalaman baru kepada peserta. Trail yang mempunyai banyak simpang menyebabkan kami terpisah dengan sebahagian peserta. Seramai 10 orang peserta berjaya tiba di kem sempadan manakalah seramai 11 orang peserta tersasar dan terpaksa bermalam di tengah laluan. Kami semua bertemu kembali pada esok hari di kem Sempadan. Dari kem Sempadan kami meneruskan perjalanan keluar. Antara kem site yang kami lalui adalah, kem Sungai Retak, Pintu Gerbang, Kem Peres dan Kem Sebenak. Disini kami bermalam untuk hari keempat.

 Hari Kelima kami meneruskan perjalanan dari kem sebenak menuju ke Kg. Sungai Rekom. Di situ kami diminta memberi nama kepada Tok Batin Kg, Sungai Rekom. Dari Kg itu, kami meneruskan perjalanan menawan puncak kedua iaitu puncak Camah. Perjalanan hari ini agak mencabar. Kami melalui Kem Pakma, Kem Tengah dan Kem Tongkat Ali. Di Kem Tongkat Ali, kami bermalam di sini. Hari keenam, kami meneruskan perjalan menuju ke Puncak Camah. Peserta meneruskan perjalanan ke puncak tanpa membawa bag. Peserta terpaksa melalui lapan puncak tipu untuk tiba di Puncak Camah. Permandangan dari puncak Camah amat cantik. Kepenatan kami terubat di puncak itu setelah melihat permandangan yang menarik. Selesai sesi bergambar, kami meneruskan perjalanan turun ke Kem Tongkat Ali. Selesai makan tengah hari di Kem Tongkat Ali kami meneruskan kembali perjalanan kami menuju ke Kg. Sungai Rekom. Kami bermalam di Kg. Sungai Rekom untuk malam yang terakhir. Di sini kami menempah ubi rebos dan ayam kampung dari tok batin kg itu. Keesokan harinya, kami meneruskan perjalanan keluar ke Kg. Panggong Lalat, Gua Musang, Kelantan. Perjalanan keluar selama 3jam dengan menaiki pacuan empat roda.

 Dari Kg. Panggong Lalat, kami menaiki bas UTHM untuk pulang ke Kampus. Kami tiba di kampus sekitar jam 4pagi. Di situ peserta menerima taklimat akhir dari pengarah program dan bersurai. Program yang mencabar ini, berakhir dengan jayanya. Peserta telah berjaya memperolehi pengalaman yang baru dan berharga.

Gambar :

 
Menunggu Bas UTHM di Restoran Jejantas Ayer Keroh

 
Eja

 
S/U Program : Keyki

 
Berhenti Di R&R

 
Ude

 
Sun Rise Di Sungai Siput

 
Masjid Sungai Siput

 
Kabilah

 
Baru Sampai Kg. Lasah

 
Perbincangan antaran organiser dengan guider

 
Packing barang before gerak

 
Doa

 
Sani 
  
Megat

 
4WD Berhenti

 
Lunch before mula trekking

 
Kat Camp site pertama

 
USC

 
Kem Lebah

 
Puncak View

 
Junction

 
Puncak Ulu Sepat

 
Kem Sempadan

 
Kem Sungai Retak

 
Kem Sebenak
  
Menu Sarapan

 
Kg. Sungai Rekom

 
Rumah Orang Asli

 
Nama Peserta 

 
Kem Tongkat Ali

 
Team UTeM : Puncak Camah

 
Graduan : Amat

 
Graduan : Payer

 
Kawasan View di Puncak Camah

 
View Camah 1

 
View Camah 2

 
Eja

 
Kg. Sungai Rekom 1

 
Kg. Sungai rekom 2

 
Aku dengan anak orang asli

 
John
  
Awal

 
Bambang

 
Kudut
  
Ekin

 
Pengarah Program : Erin

 
Bag
  
Bersama Tok Batin Kg. Sungai Rekom

 
Wawa

 
Naik 4WD keluar

 
Masjid Kg. Panggong Lalat, Gua Musang, Kelantan

 
Makan Di R&R Benta

5 comments:

  1. Tahniah payer...
    bile la aku nk grad????huhu

    ReplyDelete
  2. UUuuuu~~grad...ak pon lmbat lg...huhu~~

    ReplyDelete
  3. trip yg sgt menarik.usc dh p.nti kt wat cus plak.tumpang tny.ms kat puncak chamah.knp ada 5org sj dlm team UTeM??tulis dlm 2 ada 6org team UTeM.mn lg sorg??

    ReplyDelete
  4. ade rezeki blh je g CUS lak..
    lagi sorang john..time naik camah, die xg..die tunggu kt kg. sungai rekom..ade hal ckit..

    ReplyDelete