Wednesday, February 24, 2010

Dah tukar pon.....

 Ape yang dah tukar??..erm tak ada apa-apa pon..sekadar angka pada usia aku yang dah berubah. Semestinya angka nya makin meningkat. Dah 22tahun pon aku. Selama 22 tahun ni, apa yang aku dah buat eh?? [fikir sejenak]..Ini la kehidupan kita sebagai manusia, sering terasa masa lambat berlalu tapi pada hakikatnya, kita tak pernah sedar yang kita makin hari makin menjangkau dewasa dan akhirnya mencapai TUA. Bab usia semua orang berkata "cepatnya masa berlalu..". Ini la lumrah, bak kata wings, Hukum Karma.

Tuesday, February 23, 2010

Ulu Sepat - Camah [Kembara UTHM]

 Pada 13 Feb hingga 20 Feb, aku dengan 6orang budak UTeM telah mengikuti program gunung anjuran Kembara UTHM. Seramai 21 orang peserta telah mengikuti ekspedisi kali ini. Program itu merupakan salah satu daripada program menawan gunung yang disenarai sebagai kumpulan gunung berketinggian 7000 kaki ke atas atau lebih dikenali sebagai G7. Trail bagi XPDC kali ini bukan lah trail yang mudah. Ianya memerlukakan kekuatan fizikal juga mental yang kuat untuk menamatkannya. Trail ini memerlukan tempoh 6hari 5malam untuk peserta menamatkan ekspedisi ini. Di Dalam ekspedisi kali ini, peserta perlu menawan 2puncak gunung G7 iaitu puncak gunung Ulu Sepat di negeri Perak dan puncak Camah di negeri Kelantan. Trail ini memerlukan peserta merentasi sempadan 2 negeri iaitu Perak dan Kelantan. Permulaan trail ini, peserta akan memasuki melalui Sungai Siput, Perak dan menamatkannya di Gua Musang, Kelantan.

Monday, February 22, 2010

Sun Set D' Masjid Selat, Pulau Melaka

 Petang tadi selepas bangun tido, aku terus bersiap-siap. Teringin aku nak g layan sun set kat masjid selat di pulau melaka. Aku pon siap-siap, bawa cam aku dan bergerak dengan moto menuju ke pulau melaka. Tiba di sana, aku tengok ada ramai orang. Ada yang datang lepak-lepak, ada yang datang nak memancing. Sun Set kat situ memang menarik. Aku pon dengan pantas mengeluarkan cam aku dan snap seberaba banyak gambar sun set. Selesai snap gambar, aku pon gerak balik. Niat nak sambung g dataran pahlawan, tapi cuaca tak mengizinkan. So aku pon terus balik.

Air Terjun Berkelah - 4BENT


 Pada 5-7 Feb 2010, Aku ngan 2-3 orang kawan aku join program kelas 4BENT kat air terjun berkelah, maran pahang. Aku ngan kekawan aku pergi sebagai supporter team untuk menjayakan program kelas nie. Tempat ni memang menarik. Air terjun ni memang cantik. Trip ni, dapat la aku treking balik ngan kekawan aku, Dah agak lama aku tak treking. So trip ni memang menarik la. Jom layan gambar-gambar yang sempat aku snap.

Thursday, February 4, 2010

Misi 2010 Tercapai

 Cepat nya misi 2010 aku berjaya. Baru awal tahun kan??. Syukur rezeki aku dapat aku capai misi aku ni. Apa ye misi aku ni..Ok misi aku untuk 2010 ni adalah memiliki Cam DSLR. Sekarang aku dah pon memiliki Cam DSLR Nikon D3000. Tanggal 27 Jan 2010, cam ni dah menjadi milik aku. So bermula sekarang tambah la satu lagi hobi aku. Sebenarnya keinginan aku nk memiliki cam jenis DSLR ni dah agak lama. Tapi memandangkan ekonomi aku yang tidak menentu, menghalang aku untuk merealisasikan keinginan ni.