Mereka bangun
Aku langkah
Mereka turuti
Langkah terus melangkah
Seiring langkah ku dituruti
Aku jatuh
Mereka sambut utuh
Ada sinar di depan
Ku rapati
Laju langkah ku
Mereka kejar
Sinar ku rapati
Mereka ku jauhi
Sinar apa itu?
Hingga sanggup aku kejar
Hingga sanggup aku tinggalkan mereka
Langkah makin hampir
Kulihat mereka masih cuba rapati ku
Aku abaikan
Semakin dekat
Semakin aku yakin
Yakin sinar milik ku
Ya ku rasa sinar ada di dalam
Dalam yang gelap
Tidak lagi gelap
Makin lama
Makin sinar ku rasa hilang
Makin ku kejar
Makin laju sinar berlari
Makin ku lari
Makin mereka dekatiku
Argg..Mereka sentiasa dekati ku
Argg..Sinar sentiasa jauhi ku
Langkah sudah tidak mampu melangkah
Sinar berlarila sejauh yang kau mahu
Sinar pergi
Mereka masih menemani
Langkah bukan sendiri
Langkah ditemani
Sinar pergi
Tinggal ruang tidak berisi
Adakah sinar yang ingin mengisi?
Mungkin sinar itu pergi
Kerna ada sinar 'betul' mahu mengisi
-Faqrul Reduan-
aku suke sgt..........
ReplyDeletewawa
terime kasih..
ReplyDeletemenarik ke sjak nie??
ala tulis biase2 je..
karya time boring...huhu...