Friday, September 4, 2009

Mengimbau Kenangan : Diploma Kejuruteraan Pembuatan (DMF)

Perpisaan adat bagi setiap pertemuan.Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Sama seperti perkenalan aku dengan bebudak kelas aku. DMF nama kelas atau jurusan yang aku ambil satu ketika dulu di UTeM. DMF adalah singkatan bagi nama jurusan Diploma Kejuruteraan Pembuatan. Selama 3tahun perkenalan aku dengan mereka semua banyak memberi kenangan yang semestinya bukan mudah untuk dilupakan.Tempoh 3tahun bukan lah satu jangka masa yang pendek.Pendek kata,gelak ketawa,tanngis hiba,terharu,terasa hati semua nya pernah ada sepanjang tempoh perkenalan dengan mereka.
Kelas kami sememang nya kerap mengadakan aktiviti sebegini. bermula pada 3 mac 2007,ketika itu kami baru tahun satu.Aku dengan bantuan kawan-kawan aku telah mengadakan BBQ di air terjun Gunung Ledang.BBQ tu adalah untuk meraikan sambutan hari lahir rakan kelas aku yg senang dikenali dengan MOON dan MAMU.Itu la titik mulanya semua aktiviti kelas aku.Selepas itu,setiap hujung sem kami akan adakan BBQ.Antara tempat-tempat yang pernah diadakan BBQ adalah Pantai Puteri,Tanjung Bidara dan akhir sekali di Pengkalan Balak.Setiap program yang pernah diadakan, aku sangat berpuas hati.Semua rakan kelas aku memang boleh berkerjasama.Terima kasih kawan-kawan semua.Kenangan dengan korang sentiasa ada dalam koleksi kenangan aku.Apa yang aku harapkan hubungan kita tidak sekadar di sini.


Koleksi Gambar Kenangan :-

BBQ di Air Terjun Gunung Ledang (3 Mac 2007)

BBQ di Tanjung Bidara

Jamuan Akhir di Pengkalan Balak


P/S : Gambar yang ditunjukkan semuanya adalah gambar beramai-ramai.
Pastinya akan timbul tanda tanya disebalik nama gambar ini.Kerana perkataan 'BBQ'
Gambar ketika BBQ tidak di upload kerana tiada gambar beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment