Thursday, October 27, 2011

Tips Mendaki Gunung

WMB Services.

WMB Outdoor.

Tindakan utama yang perlu diambil oleh seorang pendaki gunung :
1.       Mengenal pasti tahap kesihatan badan.
2.       Mengenal pasti peralatan yang perlu di bawa semasa mendaki.
3.       Mengenal pasti lokasi dan keadaan tempat yang ingin didaki.
4.       Mengenal pasti latar belakang pihak yang menguruskan aktiviti mendaki.
5.       Mengenal pasti jurupandu untuk aktiviti mendaki.
6.       Memohon kebanaran dari pihak berwajib.
7.       Memberi tahu rakan bahawa anda akan melakukan aktivi mendaki.
8.       Mengatahui cara “packing” bag yang betul.
9.       Menyiapkan persiapan mental dan fizikal yang secukupnya.
10.   Mengenal pasti pihak yang perlu dihubungi sekiranya berlaku permasalahan dalam mendaki.

1.       Mengenal pasti tahap kesihatan badan :
-          Kondusi badan sesuai untuk aktiviti mendaki.
-          Sihat tubuh badan sebelum melakukan aktiviti mendaki.
-          Sekiranya mempunyai penyakit kronik, pastikan anda mendapat pemeriksaan dari pihak hospital dan di benarkan untuk melakukan aktiviti mendaki.
2.       Mengenal pasti peralatan yang perlu di bawa semasa mendaki :
-          Haversack (bag mendaki)
-          Sleeping bag
-          Mattress (alas tempat tidur)
-          Head lamp
-          Kasut yang sesuai untuk aktiviti mendaki (Kasut getah/kasut menoreh. Kasut berjenama outdoor dan mempunyai system tapak yang sesuai sebagai contoh omni-grip,vibram,trial)
-          Baju hujan
-          1st aid kit
-          Khemah (Fly,ground,tali,khemah iqlu)
-          Peralatan mandi (meminimumkan kuantiti peralatan mandi.)
-          Peralatan memasak (Stove @ dapur, gas, coking set, pisau,sudu,garpu,senduk,pinggan, cawan dll)
-          Pakaian (3pasang ; 1pasang pakaian trekking,1pasang pakaian tidur,1pasang pakaian solat)
-          Pakaian sampingan (Tuala – tidak terlalu lebar dan tebal, baju sejuk – memanaskan badan dan tidak terlalu tebal,stoking,sarug tangan,penutup kepala – buff,snow cap,dll)
-          Plastik sampah (3helai ; 1-ketika packing,1-bungkus bag ketika di tapak perkhemahan,1-menyarung bahagian kaki di luar sleeping bag ketika tidur bagi mengelakan basah sekiranya hujan ketika tidur.)
-          Bag menyimpan peralatan penting (hand phone,bag duit,dll – pastikan bag menyimpan adalah kalis air)
-          Battery lebih (sesuai dengan jenis battery untuk head lamp)
-          Selipar (digunakan ketika di tapak perkhemahan.)
-          Parang
-          Peralatan menghidupkan api (lighter,mancis,fire starter)
3.       Mengenal pasti lokasi dan keadaan tempat yang ingin didaki :
-          Nama gunung yang hendak di daki.
-          Lokasi terperinci tempat yang ingin didaki.
-          Tentatif perjalanan pendaki yang pernah melakukan aktiviti di kawasan tersebut.
-          Jenis bentuk muka bumi kawasan tersebut.(water point,ketinggian,tapak perkhemahan)
-          Keadaan cuaca ketika aktiviti mendaki dan di tempat mendaki.
4.       Mengenal pasti latar belakang pihak yang menguruskan aktiviti mendaki:
-          Kelab atau pihak berniaga.
-          Testimonial pengurusan trip mendaki.
5.       Mengenal pasti jurupandu untuk aktiviti mendaki:
-          Berpengalaman dalam aktiviti mendaki.
-          Mahir pada kawasan aktiviti mendaki.
6.       Memohon kebenaran dari pihak berwajib :
-          Ibu bapa.
-          Jabatan hutan kawasan mendaki.
-          Pihak polis kawasan mendaki.
7.       Memberi tahu rakan bahawa anda akan melakukan aktiviti mendaki :
-          Rakan rapat atau individu yang tidak menyertai aktiviti mendaki.
-          Memberitahu lokasi aktiviti mendaki.
-          Memberitahu tarikh dan tempoh masa aktiviti mendaki.
-          Memberitahu nama atau identity pihak pengurusan aktiviti mendaki.
-          Berpesan agar memberitahu pihak berwajib sekiranya berlaku masalah. (tidak pulang pada masa yang sepatutnya)
8.       Mengetahui cara “packing” bag yang betul :
-          Peralatan dibungkus dalam bag plastic terlebih dahulu. (mengelakan basah)
-          Peralatan personal disimpan pada compartment bawah bag (sleeping bag,pakaian,pakaian sampingan)
-          Head lamp,baju hujan diletak kan pada bahagian yang mudah diambil.
-          Kedudukan air di simpan pada 3/4bahagian bag.
-          Elakkan mengantung barang di bahagian luar bag.
9.       Menyiapkan persiapan mental dan fizikal yang secukupnya :
-          Mental yang padu akan memudahkan kita mengikuti aktiviti mendaki.
-          Melakukan latihan fizikal sebelum memulakan aktiviti mendaki (jogging dll)
10.   Mengenalpasti pihak yang perlu dihubungi sekiranya berlaku permasalahan dalam mendaki :
-          Menyimpan atau mendapatkan nombor telefon pihak jabatan hutan dan polis kawasan mendaki.
-          Meninggalkan nombor tersebut kepada rakan yang tidak menyertai agar boleh dihubungi sekiranya berlaku masalah.
-          Menyediakan salinan untuk simpanan peribadi.(boleh digunakan sekiranya kawasan mendaki anda mempunyai talian telefon.)

·         Sedikit perkongsian kepada rakan pendaki.
·         Sesuai dipraktikkan bagi golongan baru dan lama.
·         Sekiranya ada terkurang dan perlukan penambahan anda boleh membuat catatan tambahan.
·         Sumber adalah berdasarkan pengalaman dikuatiri terlupa dan tertinggal bahagian-bahagian penting.
·         Bersama kita membangunkan aktiviti mendaki sesama kita.
·         Selamat mendaki.

2 comments: