Sunday, January 6, 2013
Air Laut
kebas tangan genggam pemulas kelajuan,kebas kaki duduk sopan,panas pengerak speda.berhenti untuk melegakan.terlega dek angin yang berjaya mengerakkan si hitam di kepala.bunyi menderu menganggu benak dan telinga.bengang pada hukum alam,itu tak patut dibengangkan.huhh bangang nya orang yang membengangkan.mendungus untuk kesekian kalinya,kali ni bising sebab lama berdiri. batang kelapa jadi mangsa,malas buat jisim badan bertambah berat,nasib kau batang kelapa diteman oleh si pemalas.yang bising tadi dalam sendiri memberi modul pengenal siapa kau?kejab kat atas kejab kat bawak,si bising liuk lintuk bergerak,alunannya sentiasa sama tetapi berubah.itu adalah hidup kau yang kau rasa sentiasa pegun sebenarnya tidak.hidup kau pelbagai tapi keputusannya yang pegun. mungkin mangkin kau perlu diubah untuk keluar dari titik pegun.kau suka sangat,asyik sangat,teruja sangat berharap pada keputusan yang tinggi.ingin sangat jadi yang terunggul.salahkah kalau kau capai sikit dulu.tak mustahil kau naik dan tak mustahil juga kau tersungkur dek tersepak akar pokok berdiameter micro.kau ni kenapa lupa pada kata nenek ukur baju badan sendiri,orang tamak selalu rugi?ke mungkin salah satu sasaran kau menyerupai binatang yang menyalak merebut batang bersisa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment