Thursday, May 2, 2013

Trip Hari Buruh Terakhir Sebagai Pelajar Bersama 4 BMFP



Ad hock nyer plan tapi syukur mendapat sambutan baik dari rakan-rakan kelas 4 BMFP dengan menerima seramai 19 orang penyertaan. Hanya dengan pengankutan 5 buah kereta kami bergerak dari melaka sekitar jam 8:50 pagi dan tiba di Jeram Toi sekitar jam 10:00 pagi. Penat berlibur di Jeram Toi, sekitar Jam 2:30 petang kami beransur meninggalkan Jeram Toi dan menuju ke Nasi Ayam Kenyalang di Kuala Kelawang hasil dari cadangan zaid sebagai lokasi makan tengahari. Selesai melakukan kewajipan untuk fizikal dan riak wajah terukir kepuasan,kami bergerak menuju ke Taman di Seremban 2 hasil dari idea panjang. Di sana kami mengenyangkan ikan-ikan di tasek sambil melihat ikan-ikan di darat bersenam diiringi melodi rancak "bara bara bara bere bere bere". Dari Taman Seremban 2 kami meneruskan perjalanan pulang ke Melaka dan terus menuju ke Masjid Selat untuk Solat Jamak dan berkumpul sebelum mencari lokasi makan malam. Lokasi makan malam kami di kedai Chicken chop Melaka Baru. Kedai berdekatan dengan hotel strait maredian. Tercuit dengan gelagat kakak penganmbil order yang berwatak ala-ala guru disiplin. Selesai makan malam,kami semua bersurai dan pulang ke rumah masing-masing. Trip terakhir sebagai pelajar di hari buruh amat memberi kepuasan dan keletihan dek kerana perjalanan ke empat destinasi dalam tempoh sehari. Cuti hari buruh tahun depan agak sukar untuk mengulangi suasana sebegini kerana masing-masing sudah berkerjaya dan mempunyai kehidupan sendiri yang semestinya sukar untuk kembali berlibur bersama. Apa pun kenangan itu akan tertanam utuh di ingatan. Terima kasih kepada rakan-rakan untuk liburan yang menghiburkan.

Monday, January 7, 2013

Mereka




baru adalah berlaku,bangun pagi luruskan tangan,tutup mulut yang menguap,sihat.itu juga baru.yang semalam simfoninya lain.bayang semalam kemana pergi tak dapat di jejak walau dibantu oleh garmin. hari ini bayang baru,esok pasti lagi baru.karmanya sama,dalam terdekat bayang berbeza,bentuknya saling tak tumpah,ada sikit yang sama pada sisip penjuru lain. ini bayang aku dalam terdekat.untuk terdekat esok,lusa,tulat biarlah apa bentuknya,bukan tugas aku untuk menilik.

Bayang (Mereka) :











Sunday, January 6, 2013

Pesona Titik Hitam

berdiri tegak,kredibiliti peneraju nyata terserlah.bersuara kehadapan kerana di depan beratur pendengar,muka kusyuk melihat cerita kombat,sahih ke tidak yang berkata pasti tahu yang mendengar pasti yakin sahih.kalih ke kiri gamaknya untuk suara merebak ke kiri. terpesona pada titik hitam yang terus ke mata.pegun 12 saat.sedar tika itu sedang meneraju,kalih pula pada kanan.tapi fokus telah dicuri pada kiri.titik hitam ganggu.konsentrasi dah di gadai.teruja sendiri,pemilik titik hitam hanya gaya bersahaja.memang benar bersahaja kerna pasti tiada apa yang dia teruja.esok terlihat dari jauh,masih lagi teruja.tapi hanya jauh yang pasti.dekat tidak mungkin.andaian yang rasa pasti tetapi perancangan silap untuk kali keseterusnya.titik hitam  dah jadi semakin dekat dek perancangan wajib yang terpaksa ikut demi lulus pada satu perjalanan hidup.dekat dan semakin dekat tapi pasti masih lagi tidak duduk dalam jiwa.tertanya beberapa kali bila dan bila dan bila untuk diraih pasti?

Air Laut

kebas tangan genggam pemulas kelajuan,kebas kaki duduk sopan,panas pengerak speda.berhenti untuk melegakan.terlega dek angin yang berjaya mengerakkan si hitam di kepala.bunyi menderu menganggu benak dan telinga.bengang pada hukum alam,itu tak patut dibengangkan.huhh bangang nya orang yang membengangkan.mendungus untuk kesekian kalinya,kali ni bising sebab lama berdiri. batang kelapa jadi mangsa,malas buat jisim badan bertambah berat,nasib kau batang kelapa diteman oleh si pemalas.yang bising tadi dalam sendiri memberi modul pengenal siapa kau?kejab kat atas kejab kat bawak,si bising liuk lintuk bergerak,alunannya sentiasa sama tetapi berubah.itu adalah hidup kau yang kau rasa sentiasa pegun sebenarnya tidak.hidup kau pelbagai tapi keputusannya yang pegun. mungkin mangkin kau perlu diubah untuk keluar dari titik pegun.kau suka sangat,asyik sangat,teruja sangat berharap pada keputusan yang tinggi.ingin sangat jadi yang terunggul.salahkah kalau kau capai sikit dulu.tak mustahil kau naik dan tak mustahil juga kau tersungkur dek tersepak akar pokok berdiameter micro.kau ni kenapa lupa pada kata nenek ukur baju badan sendiri,orang tamak selalu rugi?ke mungkin salah satu sasaran kau menyerupai binatang yang menyalak merebut batang bersisa?