Thursday, October 6, 2011

Kelahiran-Kerancakan-Kejatuhan-Kebangkitan-Kukuh, mungkin nanti Kemegahan

 Individu itu akan merasa rela,setia,sayang bila sesuatu yang direla,disetia,disayang itu telah sebati dengan dirinya. Sebati itu bukanlah perlu masa sejenak untuk muncul. Mungkin berbulan atau sahaja berkurun. Bagi aku sebatinya DIA dengan aku kerana lebih dari berbulan tapi tidak lah sehingga berkurun. Cuma sentiasa bersama DIA mankin sebati itu wujud lantas berakar utuh. Bersama dari mula sehingga kini meski saja menjadi sebati. Bermula dengan Kelahiran, betapa sukarnya untuk DIA wujud, aku rasa. Disusuli dengan Kerancakan dia, aku agresif mengikut rentak kerancakan itu. Tiba satu ketika, DIA jatuh. Kejatuhan sebab KAMI. Aku kesali. Kesal tidak berguna jika terus duduk bertongkat dagu. KAMI atur tindakan membangun. KAMI lancar gerakan membina hingga DIA bangkit. Dalam Kebangkitan itu aku puas kerana KAMI berjaya buat dia jatuh cuma sebentar. Mungkin masa jatuh itu, DIA mahu berehat kerna penat dengan kerancakan sebelum. Makin membuat aku berlapang dada sekarang dengan melihat DIA Kukuh. Disebabkan MEREKA yang setia memberi perhatian padu pada DIA. Kesetian MEREKA membuatkan aku yakin, DIA akan selesa berada di peringkat atas. KAMI kini hanya tinggal AKU. Mungkin bosan kerna keseorangan. Tapi MEREKA juga perlu aku damping. menyokong sentiasa gerak langkah MEREKA atur. Ada ketika AKU MEREKA rujuk. Ada ketika AKU MEREKA ajar. Masa beredar membawa kelainan. Masa KAMI tidak akan sama dengan masa MEREKA. Namun sendiri aku memngajak aku memikir selepas MEREKA, akan ada kah MEREKA yang baru mampu menjaga DIA atau membawa DIA menjadi Kemegahan? Semoga MEREKA yang AKU cari datang menunjuk rupa bersilih bakat juga gigih.


P/S : entry time pepagi, klu ade yg bace tapi tak paham, sory. memang saje kasi tak paham. tapi kalau nak pham bace la sampai paham. Hint utk paham DIA = KeReX.
P/S : klu bosan sory..lbih baik clik "home" kat bawah ni, n..........hehe

7 comments:

  1. cuba nak paham ayat bombastik nie tp tak phm gak even da baca sampai 3 kali. ahaha. still pending. -.-

    ReplyDelete
  2. yeke xphm...ayat bombastik eh??hehetp bgus la sbb mncube...ok blh dcube lg...haha

    ReplyDelete
  3. hampir paham. tp tak tau DIA dgn MEREKA tu siapa. wan tak bg hint.

    ReplyDelete
  4. yeke xpham..dah bg dah hint kat atas tu...hehe

    ReplyDelete
  5. sori. bukan DIA. tp KAMI. hee. peace!

    ReplyDelete
  6. aku taw, DIA=KEREX, AKU=kau la wan, MEREKA=budak2 sekarang yg pegang kerex and generasi akan datang. betul x? hehe

    ReplyDelete