Saturday, May 21, 2011
Hari Wesak D' Broga
Cuti hari wesak yang jatuh pada hari selasa , 170511 aku isi dengan lepak di Broga Hill. Memandangkan ada beberapa junior kelab aku yang rapat ngan aku belum pernah menjejakkan kaki diorang di Broga hill, maka aku pon ajak mereka ke sana. Hasil dari planing, seramai 5 orang on untuk join. Kami berlima gerak sebiji kereta yang dipinjam oleh sharul. Kami semua gerak dari melaka.
Line Up [Dari Melaka] :
~Wan KeReX
~Hazwani Ramlan
~Joe
~Sharul
~Pigi
Line Up [Dari Semenyih a.k.a Guider]
~Caer
Line Up [Dari KL]
~Abd Salam
~Abdul Razak
~Vinothinee
Labels:
Outdoor
Friday, May 20, 2011
BBQ Ex- DMF 06-09
BBQ ni agak lama iaitu bertarikh 30 April 2011. Oleh kerana bulan May ni banyak gambar-gambar photoshot yang aku cari, so fokus aku agak terabai pada koleksi gambar BBQ ni. Mintak maaf kat line up BBQ ni sebab buat korang semua tertunggu gambar dari aku. Semalam baru saja selesai upload gambar BBQ ni kat FB.
Berbalik kepada BBQ ni. Master mind BBQ ni adalah Epik. Nie BBQ antara aku dengan kawan-kawan aku masa diploma. bermulanya dari tahun 2006 sehingga 2009. Lepas tu masing-masing dengan haluan masing-masing. Sekarang mas buat ijazah kelas lain-lain. Turut tidak lupa yang sudah berkerjaya. So masa untuk bersama macam dahulu agak terbatas buat masa sekarang. Event macam ni la kami gunakan untuk lepak-lepak semula. Terima kasih kepada yang menjayakan dan yang memeriahkan.
Labels:
Ex - DMF 06/09
Monday, May 16, 2011
Testing Mood D' Masjid Selat [150511]
Pada asalnya outing petang tu aku rancang nak out ngan dua orang kawan aku. Jadi kami pun plan la nak keluar . Untuk menjadikan outing ni lebih menarik, kami pun plan la untuk cari sorang dua model, tapi dukacita sebab tak dapat. So kami plan keluar saja-saja layan snaping tanpa model ganteng-ganteng.
Petang tu sekitar jam 4.45petang, aku gerak dari rumah family aku terus ke murni tempat tinggal kawan aku tu. Setibanya di trafik light IPK Bukit Beruang, aku dapat msg outing ni tak jadi. So aku pun dah separuh jalan, rasa rugi nak patah balik. So aku teruskan lah niat aku untuk 'menembak'. Sampai di masjid selat, aku terigat satu mood yang pernah aku cuba tapi masih tak berjaya. Mood nak bagi air nama berwap atau berasap. Jadi petang tu adalah masa untuk aku testing mood tu. Nak kata jadi atau tak sendiri la menilai. Tapi aku masih tak berpuas hati dengan mood ni. So next time kena cuba lagi.
Labels:
Lensa
Sunday, May 15, 2011
Air Terjun Bukit Sebukor [130511]
Air terjun bukit sebukor terletak di sekitar ayer keroh, melaka. Air terjun buatan manusia yang menjadi lanscap yang agak menarik. Lokasinya di tepi jalan berdekatan dengan trafic light menjadi medium penenang diri ketika pengguna jalan raya yang terkandas di kesesakan jalan raya berdekatan kawasan tersebut. Itu la sedikit info mengenai air terjun bukit sebukor.
Seperti biasa, bila dah tak tau nak buat apa. Aku pon plan untuk keluar dengan mr. N aku. Lokasi petang tu adalah air terjun bukit sebukor. Selama air terjun tu wujud dan selama aku tinggal di melaka, belum pernah aku pergi air terjun tu. Petang tu tercapai gak. Hasil nya dapat la sekeping dua gambar. Boleh la buat menambah ilmu dalam bidang snaping. Jom layan gambar. Seperti biasa nak tengok gambar lain klik je Air Terjun Sebukor [130511]
Labels:
Lensa
F.L.O.R.A
Entry pertama aku untuk bulan Mei. Walupun bulan mei dah melangkah selama 15hari. Nak menghasilkan entry memerlukan mud untuk mengerakkan jemari menekan papan kekunci. Walaupun kelapangan masa mencurah-curah keladang gandum, tapi oleh kerana mod menulis tak mari, tak guna juga. akhirnya layar perak ni ku biarkan sunyi. Ok kembali kepada tajun entry "F.L.O.R.A". Berterikh 03 Mei 2011 masa tu semestinya petang. Kebosanan telah sampai ke tahap maksimum, aku pon dengan tidak keruan di dalam bilik terus mencapai Mr. N aku dan terus post kat status FB : Let's go mr.n, time for shot. So apa tunggu lagi..start moto terus ke taman seribu bunga. Hasil gambar boleh la di buat tontonan di kala bosan. Nak tengak gambar semua boleh la tengok kat album di Fb aku nie F.L.O.R.A :
Labels:
Lensa
Subscribe to:
Posts (Atom)