Sunday, November 21, 2010

Lepak dengan Aini, Azrina dan Huda



 Salam semua. Agak lama blog aku tak post sebarang entry. Kali ni aku berpeluang post entry baru. Ini maksudnya aku baru selesai buat satu aktiviti. Baru-baru ni, jumaat yang lepas aku ada keluar lepak-lepak dengan 3orang budak kelas aku. Diorang nie aku baru kenal sem nie. Diorang ni aku panggil Aini, Azrina dan Huda. Oleh kerana kami ada minat yang sama, iaitu minat pada DSLR, so kami pon rancang la nk outing sama-sama dengan kemera masing-masing. Hari jumaat, 19/11, petang tu sekitar jam 4.30petang kami pon kumpul kat pangsapuri TTU. Lepas semua dah sampai kami terus gerak ke lokasi pertama, Kg. Portugis. Oleh kerana aku orang melaka dan tempat-tempat yang diorang nak g ni, aku kerap g. So aku la pemandu pelancong.
 Sampai di Kg. Portugis, masing-masing terus keluarkan dslr masing-masing. Aini dan Huda guna Canon, aku pula guna Nikon. Azrina tak ada dslr, so dia ni kira model la. Setelah agak lama di Kg. Portugis, kami pon bergerak ke lokasi seterusnya, Masjid Selat di Pulau Melaka. Di situ sempat la kami snap beberapa keping. Selesai solat Maghrib, kami gerak ke kedai makan depan kolam memancing di Pulau Melaka. Selesai makan, kami pon balik. Aini dan seorang lagi kawan dia terus bergerak balik ke serkam. Aku, Azrina dan Huda terus balik ke Ayer Keroh dan Durian Tunggal.

Thursday, November 4, 2010

Sepetang Bersama Geng Wall Climbing UTeM


 Hari ni aku berpeluang lepak bersama rakan-rakan wall climbing UTeM. Bangun dari tidur, seperti biasa terus cek email dan FB. Dalam duk melayan FB, aku pon chat la ngan timah, ketua wall climbing UTeM. Chat-chat, tanya la dia psal wall. Dia pun bagi tau petang ni budak dia ada main. So setle urusan aku kat Ayer Keroh, terus aku singgah UTeM lebih tepat lokasi tali tinggi. Setibanya di sana budak-budak wall climbing baru setle main flying fox dan bergegas ke tempat wall. So aku pun ikut diorang ke sana. Dapat la aku climb sekali. Rasa cam menarik ja ambil gambar dari atas, so aku climb bawak kemera naik ke atas. Lepas sampai top, sling pun selamat di pasang kat top, terus kemera aku beraksi. Hasilnya dapat la aku snap sekeping dua. Ini la pemberian tak seberapa aku kepada bebudak climbing UTeM yang dah banyak bersusah payah dalam menghidupkan aktiviti tali sebegini di UTeM.

Tuesday, November 2, 2010

Universiti Teknikal Malaysia Melaka [UTeM]




 Fuh-fuh...nak buang abuk jap kt blog ni. Erm sampai berabuk blog ni aku tinggalkan. Ok lah, berbalik pada tajuk entry aku. Itu la nama U yang aku balajar dari 2006 sehingga sekarang. Lamanya...mahunya tak lama, diploma aku ambil kat sini dan degree pon sama, masih di sini. Dalam lirik lagu UTeM, ada satu ayat yang menjadi tunjang lagu itu iaitu "Di Sini Segala Bermula". So dalam album aku kat FB, itu la tajuk album yang diletakkan.

 Petang tadi kebosanan, aku pon bebaring sambil melihat bag kamera aku di katil sebelah. So lantas, aku terus bersiap dan mencapai bag kemera tu dan......"are u ready to snap??" "i am ready captain"..

 Niat nk g amek kat sekitar ayer keroh. Tapi terpaksa ke UTeM atas sedikit urusan. So aku pun ke UTeM menyiapkan urusan tersebut bersama kemera yang bersilang di badan. So ketika moto aku menghampiri pondok pengawal, aku pon berhentikan moto dan bermula lah kerja snap aku.