Thursday, May 2, 2013

Trip Hari Buruh Terakhir Sebagai Pelajar Bersama 4 BMFP



Ad hock nyer plan tapi syukur mendapat sambutan baik dari rakan-rakan kelas 4 BMFP dengan menerima seramai 19 orang penyertaan. Hanya dengan pengankutan 5 buah kereta kami bergerak dari melaka sekitar jam 8:50 pagi dan tiba di Jeram Toi sekitar jam 10:00 pagi. Penat berlibur di Jeram Toi, sekitar Jam 2:30 petang kami beransur meninggalkan Jeram Toi dan menuju ke Nasi Ayam Kenyalang di Kuala Kelawang hasil dari cadangan zaid sebagai lokasi makan tengahari. Selesai melakukan kewajipan untuk fizikal dan riak wajah terukir kepuasan,kami bergerak menuju ke Taman di Seremban 2 hasil dari idea panjang. Di sana kami mengenyangkan ikan-ikan di tasek sambil melihat ikan-ikan di darat bersenam diiringi melodi rancak "bara bara bara bere bere bere". Dari Taman Seremban 2 kami meneruskan perjalanan pulang ke Melaka dan terus menuju ke Masjid Selat untuk Solat Jamak dan berkumpul sebelum mencari lokasi makan malam. Lokasi makan malam kami di kedai Chicken chop Melaka Baru. Kedai berdekatan dengan hotel strait maredian. Tercuit dengan gelagat kakak penganmbil order yang berwatak ala-ala guru disiplin. Selesai makan malam,kami semua bersurai dan pulang ke rumah masing-masing. Trip terakhir sebagai pelajar di hari buruh amat memberi kepuasan dan keletihan dek kerana perjalanan ke empat destinasi dalam tempoh sehari. Cuti hari buruh tahun depan agak sukar untuk mengulangi suasana sebegini kerana masing-masing sudah berkerjaya dan mempunyai kehidupan sendiri yang semestinya sukar untuk kembali berlibur bersama. Apa pun kenangan itu akan tertanam utuh di ingatan. Terima kasih kepada rakan-rakan untuk liburan yang menghiburkan.