Macam biasa la rutin student dihujung sem. Final Exam. Penutup tirai setiap sem. Bila musim final exam, pengisian bila stay up pepagi dah bertukar sikit. Ada la terselit-selit pengisian belajar. Nak tak nak kena isi gak pengisian belajar tu. Kalau tak, time exam nak jawab apa? Yang boleh dikatakan menarik, bila belajar reramai. Belajar dengan kawan-kawan. Meriah dan macam-macam ragam. Kelakar semestinya. Time belajar tu sambil-sambil refer past year question, erm memang rasa boleh je nk jawab untuk paper besoknya. Tapi bila start paper, termenung gak.
Lagi satu yang menjadi kebiasaan, time belajar tu, timbul kejap kesedaran belajar last minit. Time tu keluar la ayat, kalau belajar dari awal, mesti final ni relax kan?. Sembang pasal KALAU. Semua benda mustahil boleh jadi real. Lepas tu start pasang azam untuk sem depan. Sem depan kena berubah. Kurangkan bermain. Azam rutin untuk setiap kali hujung sem. Bila dah buka sem, permulaan azam di laksanakan, pertengahan sem, perlaksanaan azam dikurangkan. Lepas tu back to normal. Biasaa broo...
Entah la. Bila la kesedaran tu nak datang dan melekat terus?